----welcome!!!---


I made this widget at MyFlashFetish.com.

nuff!!!

Followers

About Me

My photo
I am cik rien....22 years old(27 march)...trying best what im doing..love people who love me.. :)...
Showing posts with label ~i luv islam~. Show all posts
Showing posts with label ~i luv islam~. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

~muhasabah cinta~




Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Tuesday, February 15, 2011

~salam maulidur rasul~

hari ini da 15 FEBRUARY 2011.......bersempena hari maulidur rasul...so...
salam maulidur rasul kepada semua umat islam.....:)


esok aper plan yer...hmmmm

eh22....jap....SEBELUM TU....jom la pi kat satu page nie......   iMAD

Sunday, February 13, 2011

~JOM JOIN KEMPEN~



ARY NI DA 13 FEBRUARY...ESOK DA 14 FEBRUARY...WELL...UMUM TAU YANG ESOK VALENTINE DAY...BUT!!...DONT CELEBRATE!!

 SO...aku join this kempen!!....untuk support kempen nie....serius..memang x pernah sambut....x kisah pun x dapat bunga or ape2 jer yang sinonim dengaN valentine nie..sebab kat rumah aku banyak pokok bunga...bunga ape korg nak...orkid....rose...bunga kertas....sume ader....datang jer mintak kat rumah aku tu..hehe..
so KESIMPULANNYA....

 

"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"
 
kempen ini di anjurkan oleh AL HAKIM .... jom join dengAN CLICK sini
 
 15 FEBRUARY PLAK MAULIDUR RASUL...
WELL...JANGAN SAMBUT VALENTINE OK???
TQ... :)

Tuesday, December 7, 2010

Friday, August 20, 2010

~fasa-fasa puasa yang berjaya~

FASA PERTAMA(2-3 HARI)
Perut akan terasa lapar,badan cepat letih,cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

FASA KEDUA(3-14 HARI)
Kurang selera makan,senang gelap mata,nafas berbau,lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu

FASA KETIGA(14-AKHIR PUASA)

Lidah menjadi bersih,nafas hilang bau,selera makan baik,tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.  Di fasa ini juga mental,emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi org baru.  Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Monday, June 21, 2010

~ini nasihat~

sharing is caring right??

kawan sebilik aku dulu...dier r yang bg msg tu...sedih2..semua nak bawa haluan masing2




b4 aku melalut ngn emosi aku nie...so...aku nak sampaikan dulu nasihat nie


"dalam meneruskan hidup ini,Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus berdiri teguh..kadang sahabat tidak sehaluan..kadang kecemerlangan dalam hidup gagal dicapai..kadang sakit yang mendatang sebagai ujian kita sebagai hambaNYA..namun,itulah yang harus kita tempuhi...kerana itu dinamakan lumrah kehidupan..kita tidak boleh selamanya berada dalam suasana yang selesa..kerana hidup ini ibarat tayar...adakala di atas..adakala di bawah.."


maksud firman ALLAH:

"dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu"

(Al-baqarah,ayat 216)

Saturday, June 5, 2010

~selamat sampai~

aku mendoakan agar kapal rachel corrie selamat tibe di bumi palestin....amin....

aku yg cintakan keamanan...

Friday, May 28, 2010

~andai alquran bisa bicara~

msg nie wat aku hiba jer...ada benarnya...thanx arifah atas msg nie!!!

andai alquran bisa bicara:
"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dengan wudhu kau sentuh aku,dalam keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,sekarang kau telah dewasa,nampaknya kau sudah tdk pedulikan aku lgi,apakah aku hanya bacaan usang????yang tiggal sejarah?sekarang kau simpan aku dengan rapi....kau biarkan aku sendiri,aku menjadi kusam dalam almari..berlapis debu...dimakan kutu,ku mohon peganglah aku lagi..bacalah aku setiap hari,kerana aku akan menjadi penerang dalam kuburmu!!"

~Palestin hargai peranan kerajaan, rakyat Malaysia~

PUTRAJAYA 27 Mei - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam waktu terdekat ini akan membincangkan perkara-perkara penting berkisar isu sempadan dan keselamatan.

Menurutnya, perbincangan yang akan cuba meleraikan kebuntuan konflik Palestin-Israel itu juga bakal memasukkan soal kedudukan Baitulmaqdis Timur dan sumber air.

Beliau yang memulakan lawatan kerja selama tiga hari ke negara ini merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang selama ini memberi sokongan kepada pembentukan sebuah negara Palestin berdaulat.

''Hubungan dua hala Malaysia-Palestin adalah hubungan persaudaraan dan saya mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan penghargaan sedalam-dalamnya kepada pemimpin dan rakyat Malaysia.
''Kita yakin Malaysia akan terus memberi sokongan kepada perjuangan Palestin untuk menamatkan penaklukan di sana terutamanya di Baitulmaqdis Timur dan tapak sucinya.

''Menjadi harapan kita semua dapat bersembahyang di Masjid Al-Aqsa dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Jurucakap White House, Tommy Vietor semalam mengesahkan Presiden Palestin itu akan bertemu Obama dalam waktu terdekat tetapi tidak mengulas tarikh pertemuan.

Sebelum ini, pentadbiran Obama menjemput Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengunjunginya di Washington.

Mahmoud berkata, beliau telah memberi taklimat kepada Najib berhubung proses damai di negaranya terutama melalui rundingan damai tidak rasmi yang disokong oleh negara-negara Arab dan masyarakat antarabangsa.

''Saya dan Perdana Menteri mengadakan perbincangan yang amat berjaya dan saya telah mengulangi penghargaan rakyat Palestin kepada Malaysia," katanya

Wednesday, April 28, 2010

~lima perkara perosak hati~

Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerosakan adalah perlu dan wajib.
Tentang perosak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'

1. Bergaul dengan banyak kalangan
Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif. Dalam paparan kehidupan, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Oleh sebab itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal berat kerana salah pergaulan. Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).


"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).

"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).

Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat. Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.

2. Larut dalam angan-angan kosong
Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ia adalah lautan tempat berlayarnya orang-orang tiada tujuan hidup. Bahkan dikatakan, angan-angan adalah modal orang-orang tak bertujuan. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta senantiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal shalih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi Sallallahu alaihi wasallam memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.

3. Bergantung kepada selain Allah
Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah. Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:

"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)


"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)

Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya:

"Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)

Terkadang keadaan sebahagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebahagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.

4. Makanan
Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zat/materinya, dan ia terbahagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, sama ada kerana paksaan, malu atau takut terhina.
Kedua , merosak kerana melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan melampaui batas. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalannya syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan betah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).


5. Banyak tidur
Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Oleh itu, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bagian akhir malam, atau sekitar lapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasul Sallallahu 'alaihi wa sallam .

~renungan~

"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H"

~renungan~

" Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."
spacer

~renungan~

"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."